Hai untuk sekian lama

Hai ! Rasanya macam dah lama sangat tinggal blogger haha. Ingat lagi dulu waktu awal-awal ada blogger, kalau boleh setiap hari nak update dekat sini walhal cakap tentang hidup sendiri je haha. Tak ada yang menarik pun tapi cukup membahagiakan untuk time tu la. Sekarang bila buka balik blogger rasa awkward. Rasa macam dah tua pula nak start buat blogger balik huhu. Tapi tempat ini lah yang dijadikan diari pada suatu ketika dulu. Bestnya hidup time tu. Tulis blog setiap hari. Sekarang nak tulis notes dekat phone pun tak ada masa. 

Bila ada waktu senggang pun still busy. Bila fikir balik actually tak ada lah busy sangat cuma tak pandai nak bahagikan masa. Hrm, hidup yang sekarang makin stress dengan macam-macam benda nak kena fikir. But its okay, trust Allah's plan

Itu jelah luahan untuk blog pertama selepas bertahun-tahun tak aktif hahaha. Mungkin ini permulaan untuk aktif balik blog, mana tahu kan ? 🤷🏻‍♀️ 

Comments

Popular posts from this blog

Hi, 2026 ?

HAPPY NEW YEAR